Soalan Lazim


  1. Apakah itu SumberKU?
    SumberKU ialah satu sistem penyimpanan digital yang mengurus, menyimpan serta menyediakan akses kepada sumber dan koleksi bahan PdP digital dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah.

  2. Mengapakah Repositori SumberKU diwujudkan?
    Ini merupakan pusat sehenti untuk memudahkan guru, murid dan ibu bapa mengakses pelbagai bentuk bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) digital. Bahan ini boleh dijadikan sebagai aktiviti pembugaran, pengukuhan dan pengayaan murid ketika berada di rumah.

  3. Siapakah yang boleh mengakses SumberKU?
    Guru, murid dan ibu bapa tanpa dikenakan sebarang bayaran.

  4. Bilakah SumberKU boleh digunakan?
    SumberKU boleh digunakan sebaik sahaja Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum mula beroperasi pada 1 September 2021.

  5. Adakah SumberKU hanya boleh diakses menggunakan komputer sahaja?
    Tidak. Pengguna boleh mengakses SumberKU melalui peranti digital seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar.

  6. Adakah SumberKU ini sesuai untuk semua jenis pelayar web?
    Ya. Repositori ini sesuai untuk semua jenis pelayar web seperti Chrome, Firefox, Safari, Edge dan lain-lain.

  7. Apakah pautan untuk mengakses SumberKU?
    SumberKU boleh diakses melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) atau melalui pautan http://sumberku.moe-dl.edu.my .

  8. Bagaimanakah cara pengguna mencari bahan dalam SumberKU?
    Pengguna boleh menaip kata kunci dalam ruangan carian (Search) pada bar menu Carian Bahan. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan dropdown menu untuk membuat carian mengikut tahun/tingkatan, mata pelajaran, bentuk bahan dan/atau sasaran bahan.

  9. Adakah pengguna boleh memuat turun bahan dalam SumberKU?
    Ya. Pengguna dibenarkan memuat turun bahan dalam repositori ini.

  10. Perlukah pengguna memohon ID atau kata laluan untuk mengakses atau memuat turun bahan dari SumberKU?
    Tidak perlu. Tiada ID atau kata laluan yang diperlukan.

  11. Bolehkah pengguna memuat naik bahan-bahan baharu ke dalam SumberKU?
    Tidak boleh, hanya pasukan yang ditugaskan boleh memuat naik bahan-bahan baharu ke dalam SumberKU dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, pengguna boleh mencadangkan bahan tersebut kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk dinilai sebelum diterima dan dimuat naik ke SumberKU.